Tuesday, March 12, 2013

Soalan Lazim pengguna Skybox

FAQ

Soalan : Skybox ni pakai stream TV guna internet ke?

Jawapan : TIDAK. Just pinjam beberapa Kilobyte sahaja utka pass through satelit. Tu je. Jika anda pakai UniFi or Streamyx etc, ia sama sekali tidak menjejaskan kelajuan internet tetapi konsepnya seperti kita Streaming Video di Youtube dan Skybox ini convert ke TV.

Soalan : Jadi pakai USB Broadband pun boleh lah?

Jawapan : Ya. Boleh. Cuma kena bagitau kami dahulu sama ada anda pakai USB Broadband atau  Lan Cable bagi memudahkan kami setting terus ke Skybox 
Soalan : Kalau saya takde salah satu daripada yang diperlukan seperti tiada Piring A$TRO / Centralize Disk dan Internet Connection, adakah saya boleh ke tengok channel-channel tersebut juga Skybox ni jugak?
Jawapan : Tak boleh. Tu keperluan yang wajib disediakan.
Soalan : Betul ke boleh tengok semua channel A$TRO (Full Package)?
Jawapan : Betul. Kecuali channel-channel HD.
Soalan : Kualiti gambar?
Jawapan : Tiada beza dengan Kualiti A$TRO yang anda selalu tengok malahan lagi cantik kerana ia pakai wayar HDMI (digalakkan menggunakan TV yang ada HDMI port).

Soalan : Tapi TV saya takde HD. TV lama skit. Takde tempat cucuk HDMI. Boleh ke pakai Skybox?
Jawapan : Boleh tu boleh. Cuma kena pakai wayar 3 colour tu lah. (Kuning, putih,merah). Jadi kualiti sama macam Decoder A$TRO.
Soalan : Saranan TV apa elok?

Jawapan : Mana-mana TV pun boleh je. Semua ok. Cuma bagi Skybox tu better yang ada sambungan HDMI lah, baru puas hati gambar cantik dan clear.
Soalan : Ehh.. ni tak salah disisi undang-undang ke?? (SOALAN HOT)
Jawapan : TAK SALAH. Untuk pengetahuan, Skybox ni macam komputer juga ada memori ada motherboard dan lain-lain (rujuk gambar). Ia bukanlah 100% TV satelit yg hanya guna piring tertentu, tetapi dia memerlukan sambungan LAN/Internet dari modem. Jadi dari sudut ini ia tidaklah menyalahi akta. Ibarat kata melihat TV online di Internet. Bezanya Skybox  direka khusus untuk menarik line internet direct ke sambungan piring untuk dapatkan siaran televisyen tertentu.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), Kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
Dalam usaha mengekang penyebar khabar angin menggunakan komunikasi elektronik, peruntukan Seksyen 233 menyebut seseorang boleh didenda “tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.”
Namun semakan ke atas peralatan Dreambox dan Openbox di dapati ia menggunakan talian internet. Kerajaan Malaysia telah berikrar tidak akan menapis kandungan internet di Malaysia.
Soalan : Apa beza Skybox dengan Parabola?

Jawapan :
Satu : Parabola sangat berbeza dengan Skybox. Parabola ini hanya sekali kos, pasang sekali dan digunakan seumur hidup tanpa bayaran. Free sampai seumur hidup. Skybox pula dikenakan bayaran bulanan seperti A$TRO /  tahunan atau seumur hidup bergantung kepada provider anda tetapi amatlah murah hanya lebih kurang RM18.33 sen sebulan atau bermodalkan RM790.00 untuk sepanjat hayat..Murah Tak?
Kedua : Parabola dapat siaran daripada Indonesia, Pakistan, China, Taiwan dll. Ia lebih kepada TV seluruh dunia. Siaran A$TRO tiada pada Parabola. Sementara Skybox memang disesuaikan dengan channel-channel tertentu seperti A$TRO dan TIADA channel negatif.
Ketiga : Memasang Parabola adalah menyalahi undang-undang telekomunikasi Malaysia. Sementara Skybox tidak menyalahi undang-undang. Pemasangan Skybox adalah dengan sambungan kombinasi TV + Disc + LAN. Sementara Parabola hanyalah TV + Disc. Skybox tidak boleh dipasang sekiranya tiada line internet, tetapi Parabola boleh dipasang tanpa line internet.
Cakera parabola tidak dibenarkan kerana menerima siaran negatif 
KUALA LUMPUR: Orang awam tidak dibenarkan menggunakan cakera parabola untuk menerima siaran televisyen luar negara kerana bahan siaran berkenaan memberi kesan negatif kepada rakyat, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata cakera parabola hanya dibenarkan diguna di kawasan pedalaman dan di tempat yang tidak dapat dihubungi oleh perkhidmatan talian tetap.
“Di kawasan pedalaman, cakera parabola dipakai secara meluas untuk mendapatkan data dan perkhidmatan jalur lebar melalui alat dikenali ‘Very Small Aparture Terminal’ atau VSAT,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan).
Anggota Parlimen tersebut bertanya mengenai penggunaan cakera parabola yang masih tidak dibenarkan kerajaan sedangkan maklumat dan hiburan pada masa kini sudah tiada sempadan.
Salang memberitahu dewan penggunaan cakera parabola dibenarkan hanya bagi tujuan pendidikan jarak jauh dan korporat untuk acara tertentu.
Timbalan menteri itu menolak andaian Abdul Ghafur dalam soalan tambahannya bahawa penggunaan cakera parabola tidak dibenarkan kerana kerajaan ingin menjaga kepentingan syarikat televisyen berbayar ASTRO.
“Sekatan penggunaan cakera parabola bukan kerana mahu menjaga ASTRO disebabkan undang-undang sekatan sudah pun ada sebelum ASTRO, malah ini adalah fakta yang tidak boleh diragui oleh mana-mana pihak”, katanya.
Kepada soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang bertanya mengenai tahap keselamatan data dan maklumat bagi pengguna telefon pintar Blackberry, Salang berkata pengguna alat tersebut termasuk bagi pegawai kerajaan perlu dijaga dengan menghad penggunaannya kepada komunikasi tidak sensitif atau yang tidak melibatkan rahsia kerajaan.
Katanya, walaupun tahap keselamatan menerusi penggunaan Blackberry diawasi ketat pihak pengeluar, Research In Motion (RIM) dan tidak mungkin dapat diakses dengan mudah oleh pihak lain, namun pengguna perlu menitik beratkan aspek keselamatan dalam berkomunikasi.
“Pengguna Blackberry perlu sentiasa berwaspada kerana setiap sistem komunikasi mempunyai kelemahan masing-masing serta rahsia tidak dapat dijamin sepenuhnya,” katanya. — BERNAMA
Soalan :  Tapi takde beza ke gambar dia berbanding A$TRO. biar betul?

Jawapan : Takde beza langsung. Sebijik. 98% No Scramble (Tak Sangkut-sangkut)
Soalan : Boleh ke saya pasang terus dirumah sebab saya tiada pengalaman cara bagaimana nak pasang.
Jawapan : Boleh.cuma plug & play.Jika anda sudah ada disc atau Centralize disc sepeti di condo yang ada signal sudah tentu boleh. Anda hanya pindahkan wayar di Decoder A$TRO ke Decoder Skybox cuma satu lagi Wayar LAN untuk Internet Connection yang tidak ada di Decoder A$TRO. Hubungi kami atau sms jika anda menghadapi sebarang masalah berkenaan pemasangan.
Soalan : Apa itu CCCam Line@Cline?
Jawapan : CCCam line@cline bermaksud perkongsian kad pintar dimana anda berkongsi line bersama user lain dengan ini anda dapat melihat pelbagai siaran dengan kadar bayaran yang rendah.
Soalan : Apakah beza Skybox M3 dan F3?
Jawapan : Perbezaan adalah dari segi reka bentuk dimana F3 lebih kepada bentuk satellite receiver asal dan M3 mempunyai reka bentuk seakan IPTV player.
Soalan : Cline ade backup server?
Jawapan : Seperti yang anda tahu bahawa server mempunyai 99% uptime dalam setahun sama seperti server datacenter.
Soalan : Berapa lama penghantaran pos?
Jawapan : Biasanya kami hantar menggunakan GDEXPRESS / POSLAJU (Kawasan bandar-Next day delivery) atau Pos Malaysia Parcel (kawasan luar bandar-2 ke 3 hari).

No comments:

Post a Comment